KATA-KATA ALUAN

Terlebih dahulu, saya ingin melahirkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana atas izinnya, dapat kita sama-sama menyaksikan kelahiran laman web UMNO Cawangan Kemus, Alor Gajah, Melaka bersempena Perayaan Sambutan Hari Kemerdekaan ke 42 negara kita yang tercinta. 

Dalam negara mengorak langkah menuju wawasan 2020, teknologi maklumat menjadi satu teras yang amat penting bagi membolehkan negara berada setanding dengan negara-negara maju yang lain. Saya percaya penguasaan ilmu IT ini amat penting bagi kita sebagai orang Melayu supaya kita tidak ketinggalan dalam arus pembangunan ini. 

Laman web ini direka khusus untuk memberi maklumat tentang kegiatan UMNO cawangan Kemus. Bukan itu sahaja, malahan ianya juga turut dirangkaikan dengan laman web lain-lain cawangan dan bahagian UMNO di seluruh negara dan juga kelab-kelab UMNO diluar negara. Terdapat juga rangkaian dengan Suruhanjaya Pilihanraya yang membolehkan pelawat menyemak pendaftaran mereka. 

Rangkaian lain yang turut disediakan termasuklah laman pendidikan, laman usahawan dan laman agama. Adalah menjadi harapan UMNO Cawangan Kemus agar laman ini akan menyemarakkan semangat para ahlinya untuk mempelajari dan mendalamai bidang teknologi maklumat demi kepentingan masa depan diri, agama, bangsa dan negara. 

Terima kasih. 

BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT 


ISHAK MUHAMMAD
Ketua Pemuda
UMNO Cawangan Kemus
Alor Gajah
Melaka